Khamis, 20 Disember 2012
Rabu, 12 Disember 2012
Unit 1 Bahasa Malaysia Tahun 2
Standard kandungan:
4.1.1 Menyebut seni kata lagu
2.2.1.Mengenal pasti dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
KBT: KB - mengenal pasti KP - Muzik
4.1.1 Menyebut seni kata lagu
2.2.1.Mengenal pasti dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
KBT: KB - mengenal pasti KP - Muzik
Mari Bernyanyi
Buai laju-laju
Sampai pucuk nangka
Dengar kata Pak Usu
Taat ibu bapa
Buai laju-laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata Pak Usu
Tentu tidak cuai
Buai laju-laju
Sampai pucuk ara
Dengar kata Pak Usu
Hormat saudara-mara
(Irama lagu "Buai laju-laju")
Isnin, 10 Disember 2012
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan berikut:
Murid yang akan
ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat
dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran,
pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada
Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha
mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang
terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses
pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor
oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor
akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan
penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap
murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan
pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran
bagi menjamin kualiti.
Mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan merujuk
kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan
Pelajaran.
Kebolehpercayaan
merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme
penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan
positif.
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan
murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk
format pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus /
PEKA
Calon
melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran
LPM
membekalkan dokumen pentaksiran
LPM/JPN/PPD
melantik pemantau / penyelaras
Penskoran
dan pelaporan oleh sekolah
Markah
dihantar kepada LPM
Sekolah
mengeluarkan sijil
2. Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah
Calon
ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran.
LPM
membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD
melantik pemantau / penyelaras
Penskoran
dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah
mengeluarkan sijil
Jumaat, 7 Disember 2012
PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran
Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang
ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan
tugasan, tugasan rumah dan ujian.
2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit
pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of
learning).
Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran yang
ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid
dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah
dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability),
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Sabtu, 1 Disember 2012
Tema bagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2
Terdapat lapan tema dalam buku teks Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2
1. Keluarga harmoni
2. Sihat dan cergas
3. Semangat perpaduan
4. Seni dan budaya
5. Petani moden
6. Mari berniaga
7. Saya anak Malaysia
8. Reka cipta
1. Keluarga harmoni
2. Sihat dan cergas
3. Semangat perpaduan
4. Seni dan budaya
5. Petani moden
6. Mari berniaga
7. Saya anak Malaysia
8. Reka cipta
Ahad, 25 November 2012
Sabtu, 24 November 2012
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
6
Tahu,
Faham Dan
Boleh Buat
dengan Beradab Mithali
|
B6
Memahami, menaakul dan menilai tentang
sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan
ditulis dengan bertatasusila
|
B6 DL1
Bercerita tentang perkara yang mengandungi nilai murni
yang dapat mempengaruhi khalayak
B6 DL2
Berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
secara bertatasusila
B6 DB1
Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan
bukan sastera
B6 DT1
Menghasilkan karya yang sesuai yang dapat mempengaruhi
khalayak
B6 DT2
Mengedit hasil penulisan dari segi bahasa
|
B6 DL1 E1
Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai murni dengan
penuh keyakinan, kreatif dan mempengaruhi khalayak
B6 DL2 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara dengan tepat secara
bertatasusila menggunakan bahasa yang sesuai
B6 DB1 E1
Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara
bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat
B6 DT1 E1
Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cereka dan
puisi yang bertatasusila menggunakan
gaya bahasa yang menarik
B6 DT2 E1
Mengedit hasil penulisan dari segi ejaan
|
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
5
Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji
|
B5
Memahami, menaakul dan memberikan respons / menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur,
dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat
|
B5 DL1
Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
B5 DB1
Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan
maklumat dengan tepat
B5 DT1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan
tepat.
|
B5 DL1 E1
Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat
B5 DB1 E1
Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik
dan bahan bukan grafik
B5 DB1 E2
Memahami dan menilai maklumat daripada bahan grafik
menggunakan perkataan berimbuhan akhiran -an
dan -i
B5 DT1 E1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis
dengan tepat menggunakan bahasa yang
santun
B5 DT1 E2
Menghasilkan penulisan yang sesuai secara terkawal menggunakan pola
ayat FN+FN, FK+FK
|
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
4
Tahu,
Faham,
Boleh Buat dengan
Beradab
|
B4
Mengetahui , memahami dan memberikan respons terhadap maklumat
yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi
dengan betul
|
B4 DL1
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul
dalam pelbagai situasi
B4 DL2
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan
intonasi yang betul
B4 DB1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat daripada
bahan yang sesuai
B4 DT1
Mencatat maklumat dengan betul
|
B4 DL1 E1
Berkomunikasi secara lisan menggunakan bahasa yang
betul
B4 DL1 E2
Berkomunikasi secara lisan menggunakan kata panggilan
yang betul secara bertatasusila
B4 DL1 E3
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang
betul secara sopan
B4 DL2 E1
Menyampaikan cerita yang sesuai dengan sebutan dan intonasi yang betul
B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersurat
daripada bahan yang sesuai
B4 DT1 E1
Mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan
bahasa yang santun
|
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
3
Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
|
B3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons
terhadap perkara yang didengar-ditutur,
dibaca dan ditulis
|
B3 DL1
Mendengar dan memberikan respons terhadap sesuatu
arahan, soalan dan pesanan
B3 DB1
Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
serta memahaminya
B3 DT1
Mencatat maklumat
yang difahami
|
B3 DL1 E1
Memberikan respons secara lisan dan / atau gerak laku
terhadap arahan, soalan dan pesanan
B3 DB1 E1
Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar
serta sebutan dan intonasi yang betul
B3 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
B3 DT1 E1
Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber
|
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
2
Tahu
dan Faham
|
B2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur,
dibaca dan ditulis
|
B2 DL1
Mendengar, menyebut dan memahami perkataan
B2 DB1
Membaca dan memahami perkataan serta ayat
B2 DT1
Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta
memahaminya
|
B2 DL1 E1
Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi
diftong dan vokal berganding
B2 DL1 E2
Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan
B2 DB1 E1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
B2 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat yang mengandungi diftong,
vokal berganding, dagraf dan konsonan bergabung
B2 DT1 E1
Menulis dan memahami perkataan
B2 DT1 E2
Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan tanda baca
(Huruf besar dan noktah)
|
Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
1
Tahu
|
B1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan
menulis.
|
B1 DL1
Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar
B1 DB1
Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca
perkataan
B1 DT1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan.
|
B1 DL1 E1
Mengajuk bunyi yang didengar
B1DL1 E2
Menentukan arah bunyi yang didengar
B1 DB1 E1
Membunyikan huruf vokal dan menamakan konsonan
BI DB1 E2
Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup
B1 DB1 E3
Membaca perkataan yang terdiri daripada kata nama
B1 DT1 E1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan
|
Khamis, 22 November 2012
Rabu, 21 November 2012
Didik Hibur dalam KSSR
Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif
pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh
itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata
pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
(2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,
manakala hibur bermaksud menggembirakan atau meriangkan. Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara
sistematik dan terancang.
Selasa, 20 November 2012
Ahad, 18 November 2012
Sabtu, 17 November 2012
Nilai-nilai murni dalam Bahasa Malaysia
Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.
Antara nilai murni ialah:
Baik hati
Berdikari
Hemah
tinggi
Hormat-menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan
mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
Selasa, 6 November 2012
TUNJANG KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri.
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.
KSSR
PENGENALAN
Transformasi Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan kepada
keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 6 Tahun 2008 yang
dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Sehubungan itu,
kertas konsep kurikulum persekolahan rendah telah dibentang dan mendapat
kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bilangan 3 Tahun 2009
pada 2 Oktober 2009.
Transformasi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dalam
sistem pendidikan negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad
ke-21. Penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum ini dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan
secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membangunkan KSSR
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di samping itu, fokus
transformasi kurikulum adalah kepada kemahiran 4M iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul serta Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
Langgan:
Catatan (Atom)