PENGENALAN
Transformasi Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan kepada
keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 6 Tahun 2008 yang
dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Sehubungan itu,
kertas konsep kurikulum persekolahan rendah telah dibentang dan mendapat
kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bilangan 3 Tahun 2009
pada 2 Oktober 2009.
Transformasi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dalam
sistem pendidikan negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad
ke-21. Penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum ini dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan
secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membangunkan KSSR
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di samping itu, fokus
transformasi kurikulum adalah kepada kemahiran 4M iaitu membaca, menulis,
mengira dan menaakul serta Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan