Sabtu, 24 November 2012

Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu,
Faham Dan
Boleh Buat
dengan Beradab Mithali

B6
Memahami, menaakul dan menilai  tentang  sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila



B6 DL1
Bercerita tentang perkara yang mengandungi nilai murni yang dapat mempengaruhi khalayak


B6 DL2
Berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat secara bertatasusila


B6 DB1
Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera



B6 DT1
Menghasilkan karya yang sesuai yang dapat mempengaruhi khalayak



B6 DT2
Mengedit hasil penulisan dari segi bahasa


B6 DL1 E1
Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai murni dengan penuh keyakinan, kreatif dan mempengaruhi khalayak


B6 DL2 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan  tepat secara bertatasusila menggunakan bahasa yang sesuai


B6 DB1 E1
Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat


B6 DT1 E1
Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cereka dan puisi yang bertatasusila menggunakan  gaya bahasa yang menarik


B6 DT2 E1
Mengedit hasil penulisan dari segi ejaan

Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


5

Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji

B5
Memahami, menaakul dan  memberikan respons / menyampaikan   sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat



B5 DL1
Menceritakan sesuatu perkara  semula dengan tepat


B5 DB1
Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat dengan tepat






B5 DT1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan tepat.





B5 DL1 E1
Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat


B5 DB1 E1
Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik

B5 DB1 E2
Memahami dan menilai maklumat daripada bahan grafik menggunakan perkataan berimbuhan akhiran -an dan -i


B5 DT1 E1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan  tepat menggunakan bahasa yang santun

B5 DT1 E2
Menghasilkan penulisan yang  sesuai secara terkawal menggunakan pola ayat FN+FN, FK+FK

Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


4

Tahu,
Faham,
Boleh Buat dengan
Beradab

B4
Mengetahui , memahami dan memberikan respons terhadap  maklumat  yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul


B4 DL1
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dalam pelbagai situasi










B4 DL2
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul

B4 DB1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat daripada bahan yang sesuai


B4 DT1
Mencatat maklumat dengan betul



B4 DL1 E1
Berkomunikasi secara lisan menggunakan bahasa yang betul

B4 DL1 E2
Berkomunikasi secara lisan menggunakan kata panggilan yang betul secara bertatasusila

B4 DL1 E3
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan


B4 DL2 E1
Menyampaikan cerita yang sesuai dengan  sebutan dan intonasi yang betul


B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersurat daripada bahan yang sesuai


B4 DT1 E1
Mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun


Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


3

Tahu,
Faham dan
Boleh Buat

B3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap  perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis


B3 DL1
Mendengar dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan

B3 DB1
Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya






B3 DT1
Mencatat  maklumat  yang difahami










B3 DL1 E1
Memberikan respons secara lisan dan / atau gerak laku terhadap arahan, soalan dan pesanan


B3 DB1 E1
Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul

B3 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk


B3 DT1 E1
Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


2

Tahu
dan Faham

B2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis


B2 DL1
Mendengar, menyebut dan memahami perkataan






B2 DB1
Membaca dan memahami perkataan serta ayat








B2 DT1
Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya






B2 DL1 E1
Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding

B2 DL1 E2
Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan


B2 DB1 E1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung

B2 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat yang mengandungi diftong, vokal berganding, dagraf dan konsonan bergabung


B2 DT1 E1
Menulis dan memahami perkataan

B2 DT1 E2
Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi  kata nama am, kata nama khas dan tanda baca (Huruf besar dan noktah)

Standard Prestasi Tahun 1 Bahasa Malaysia KSSR

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


1

Tahu

B1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.



B1 DL1
Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar




B1 DB1
Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca perkataan










B1 DT1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan.




B1 DL1 E1
Mengajuk bunyi yang didengar

B1DL1 E2
Menentukan arah bunyi yang didengar


B1 DB1 E1
Membunyikan huruf vokal dan menamakan konsonan

BI DB1 E2
Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup

B1 DB1 E3
Membaca perkataan yang terdiri daripada kata nama


B1 DT1 E1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan


Rabu, 21 November 2012

Mari dengar cerita


Mari menyanyi bersama-sama


Didik Hibur dalam KSSR


Pengenalan
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menggembirakan atau meriangkan.  Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

Ahad, 18 November 2012

UPSR

Apakah esok ada kejayaan yang menanti? Apa-apa pun kita hanya boleh berdoa dan berharap

Sabtu, 17 November 2012

Nilai-nilai murni dalam Bahasa Malaysia


Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan  generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat.

Antara nilai murni ialah:
􀁸 Baik hati
􀁸 Berdikari
􀁸 Hemah tinggi
􀁸 Hormat-menghormati
􀁸 Kasih sayang
􀁸 Keadilan
􀁸 Kebebasan
􀁸 Keberanian
􀁸 Kebersihan fizikal dan mental
􀁸 Kejujuran
􀁸 Kerajinan
􀁸 Kerjasama
􀁸 Kesederhanaan
􀁸 Kesyukuran
􀁸 Rasional
􀁸 Semangat bermasyarakat

Selasa, 6 November 2012


TUNJANG KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri.
Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan.


KSSR


PENGENALAN 
Transformasi Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 6 Tahun 2008 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Sehubungan itu, kertas konsep kurikulum persekolahan rendah telah dibentang dan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bilangan 3 Tahun 2009 pada 2 Oktober 2009.

Transformasi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem  pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membangunkan KSSR berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Di samping itu, fokus transformasi kurikulum adalah kepada kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul serta Elemen Merentas Kurikulum (EMK).