Rabu, 12 Disember 2012

Unit 1 Bahasa Malaysia Tahun 2

Standard kandungan:
 4.1.1 Menyebut seni kata lagu
 2.2.1.Mengenal pasti dan membaca perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.
                              

KBT:   KB - mengenal pasti                                                         KP  -  Muzik

Mari Bernyanyi
Buai laju-laju
Sampai pucuk nangka
Dengar kata Pak Usu
Taat ibu bapa

Buai laju-laju
Sampai pucuk rambai
Dengar kata Pak Usu
Tentu tidak cuai

Buai laju-laju 
Sampai pucuk ara
Dengar kata Pak Usu
Hormat saudara-mara

(Irama lagu "Buai laju-laju")

Isnin, 10 Disember 2012

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif.          
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


        Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

            PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
1.                            Kerja kursus / PEKA
*      Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
*      LPM membekalkan dokumen pentaksiran
*      LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
*      Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
*      Markah dihantar kepada LPM
*      Sekolah mengeluarkan sijil
2.                            Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
*      Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
*      LPM membekalkan panduan
*      LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
*      Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
*      Sekolah mengeluarkan sijil


Jumaat, 7 Disember 2012

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif  (intelek),  afektif  (emosi dan rohani)  dan psikomotor  (jasmani) selaras dengan  Falsafah  Pendidikan Kebangsaan dan  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS  mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.  Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala  bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua  bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.  Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
2  Pentaksiran  sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah  ujian bulanan dan ujian penggal.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran yang  ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan  masalah,  minat,  kecenderungan, sikap dan personaliti murid.  Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sabtu, 1 Disember 2012

Mari belajar tatabahasa


Tema bagi Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2

Terdapat lapan tema dalam buku teks Bahasa Malaysia KSSR Tahun 2
1. Keluarga harmoni
2. Sihat dan cergas
3. Semangat perpaduan
4. Seni dan budaya
5. Petani moden
6. Mari berniaga
7. Saya anak Malaysia
8. Reka cipta